Friday, April 27, 2012

mcm mana laa aku nk kuatkan daya ingatan aku??

Meningkatkan kekuatan akal 

alhamdulillah.. skali lg korang membuat amalan dengan bukak blog aku.. kpd yg x tau, mesti pelik kan??
sbb apa aku kata mcm tu, tgk page ni:
hanya 1 klik, anda telah membuat amalan.. mcm mana?? 
http://knowledge-is-unlimited.blogspot.com/2012/04/hanya-1-klik-anda-telah-membuat-amalan.html
kpd yg dah tahu apa niat aku utk blog ni, aku ucap terima kasih x terhingga sbb support aku..

so jgn laa teragak2 lagi.. share laa dgn saudara mara n kekawan korang tuk buat amal sambil berkongsi ilmu k.. tq2..

Aku memang admit bahawa aku susah skit bab2 nk menghafal.. so mcm mana aku nk buat?? skali aku jumpa post ni.. Alhamdulillah..

Pada zaman Salafus soleh dahulu, mereka terkenal dengan kekuatan akal fikiran ataupun daya ingatan yang tajam. Di dalam sebuah keluarga, mereka memastikan paling kurang seorang mesti menghafal Al-Quran. Ada di antara mereka yang menghafal puluhan ribu hadis. Di antaranya Imam Ahmad bin Hambal menghafal sejuta hadis. Apakah rahsia kekuatan akal fikiran mereka? Ulama-ulama Islam telah sepakat bahawa syarat yang pertama dan utama untuk mempunyai kekuatan akal yang kuat ialah menjauhi segala maksiat kepada Allah. Syarat kedua ialah makan tidak berlebihan.
Di antara petua penting menguatkan akal menurut ahli-ahli perubatan Islam:

1. Makan kismis pada kadar 21 biji sehari.
2. Makan buah badam.
3. Makan daging kambing.
4. Halwa halia.
5. Kemiyan putih (mustaki) atau kemiyan serani. (yg ni aku x sure benda apa dan nk buat apa?? tolonggg)
6. Makan buah limau.


LARANGAN

Ahli-ahli perubatan dan ilmuan Islam juga, kuat menjaga pantang larang yang boleh melemahkan kekuatan akal. Di antaranya:
1. Mengelakkan minuman yang terdapat semut di dalamnya.
2. Mengurangkan makanan-makanan yang masam.
3. Mengelakkan makan ikan di bahagian kepala.
4. Mengelakkan tidur selepas subuh, asar dan maghrib.
5. Menjaga kebersihan dalam semua aspek terutama gigi dengan bersiwak setiap kali waktu sembahyang.

Untuk menjadi peribadi yang berjaya akal fikiran mesti sentiasa di majukan dan dipertingkatkan. Jadikan pandangan anda lebih positif, lebih global (luas) dan sentiasa terbuka. Disiplin untuk akal perlu ada supaya ia dapat berfikir secara teratur dan daya kekuatan akal dapat digunakan semaksima yang mungkin untuk memajukan diri sendiri.

Selamat berjaya kepada anda semua..

Rujukan:
http://hikmatun.wordpress.com/2008/03/09/meningkatkan-kekuatan-akal/
http://sofiyah-cookies.blogspot.com/2012/04/khasiat-badam.html
 

Thursday, April 26, 2012

kenapa laa ashik aku diuji??

alhamdulillah.. skali lg korang membuat amalan dengan bukak blog aku.. kpd yg x tau, mesti pelik kan??
sbb apa aku kata mcm tu, tgk page ni:
hanya 1 klik, anda telah membuat amalan.. mcm mana?? 
http://knowledge-is-unlimited.blogspot.com/2012/04/hanya-1-klik-anda-telah-membuat-amalan.html

kpd yg dah tahu apa niat aku utk blog ni, aku ucap terima kasih x terhingga sbb support aku..

so plzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz share dgn saudara mara n kekawan korang tuk buat amal sambil berkongsi ilmu k.. tq2..

kali ni aku nk cerita berkenaan ujian yg kita terima.. kdg2 setiap hari ada jee benda jadi pada kita.. soalannya ialah?? kenapa laa ashik jd kat kita??

satu masa dulu aku ada persepsi yg sama.. kdg2 rasa nk mengamuk bila ada jee masalah yg jd.. dan selalunya aku akan membebel pada ahli keluarga dan kawan2 aku (sory yee pada yg dgr bebelan aku) sbb aku nk luah rasa marah aku.. so xde laa aku tension.. tapi bila fikir balik.. mcm x redha pulak aku dgn ujian tuhan tu.. so.. sepatutnya mcm mana ekk??

pada satu hari Allah turunkan ilham pada aku dan aku mula berfikir.. kenapa aku x jdkan ujian pada aku menjadi rahmat sbnrnya?? aikk?? mcm pelik kn??

ada panduan bagi semua benda dlm hidup kita yg tertulis dlm al-quran:

1. KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: Kami telah beriman (I am full of faith to Allah), sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta
( Ayat 2-3 : Surah Al-Ankabut )



2. KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal dia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. 

( Ayat 216 : Surah Al-Baqarah )


3. KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Allah tidak menguji seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
(Ayat 286 : Surah al-Baqarah )


4. KITA BERTANYA : KENAPA AKU RASA KECEWA?
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.

(Ayat 139 : Surah Al-Imran)


5. KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). 
(Ayat 200 : Surah A-li 'Imraan)


6. KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
 Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk
(Ayat 45 Surah Al-Baqarah)
 
7. KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.
(Ayat 111 : Surah At-Taubah)


8. KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.

(Ayat 129 : Surah At-Taubah)

9. KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!! 
..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir. 
(Ayat 87 : Surah Yusuf)





so.. mcm mana nk mendapatkan rahmat dari sesuatu ujian???


Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. 
( Ayat 11 : Surah at-Taghaabun )


kita kena laa beriman dan menerima sesuatu dengan tenang dan sabar kerana Allah Maha Mengetahui.. setiap kali kita diuji, mohon semoga Allah tunjukkan kepada kita jalan yg terbaik buat kita..


Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda: 
"Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba 
selama doa itu tidak mengandungi 
(perkara) dosa, 
(perkara yang) memutuskan silaturrahim 
dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” 

Lalu baginda ditanya oleh seseorang: 
"Apa maksudnya meminta dicepatkan?” 
Jawab baginda: 
"Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”
Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.” (Muslim)


selepas aku menanamkan pemikiran yg positif dan menukar setiap ujian yg aku hadapi kepada sesuatu yg baik.. alhamdulillah aku mendapat lebih byk rahmatnya..

contoh2 rahmatNya:
  1. Mak ayah kita hari2 suruh kita belajar masa kita zaman sekolah, ada x rahmatNya skrg ni walaupun dulu kita mcm malas jee nk belajar..
  2. Kita nampak org hisap dadah.. mcm geli jee tgk diaorg.. tp pernah x kita terpikir, syukur Allah tunjuk org2 mcm tu supaya kita nampak keburukkan yang jadi pada mereka dan kita x nk jd mcm diaorg..
  3. Kita menempuh jem setiap hari pergi kerja, tapi pernah x kita terfikir, masa tu laa sesuai utk kita berzikir kepadaNya.. x pun masa kita berehat sambil berhibur dgr radio.. (jgn marah klau lambat sampai opis, kita sendiri yg keluar lewat..) 
  4. Kita selalu rasa xde masa nk bersenam dan berat badan dah mula naik.. sbb dah sampai masa utk kita berbuat sesuatu.. kemas rumah, cuci kereta, bermain di taman dgn anak2 (berlari2).. baru jantung dpt bersenam.. kalau takat tahan mkn, berdiet tp x bersenam x boleh gak.. kita bukannya hari2 keja bendang yg memang sentiasa berpeluh.. takat menaip keyboard je.. jari jee yg gerak2.. hehe..
  5. Kita bosan dgn perangai org lain.. agak2 ada x org bosan dgn perangai kita..
  6. Kita selalu kata income kita x byk.. tp ada x kita berbuat sesuatu utk menambahnya..
  7. Kita selalu kata "mana ada masa".. tp ada jee masa tgk tv.. selalu jee lebih tido..
  8. Kita selalu kata kita keletihan.. tapi setiap waktu ke kita rasa letih..
  9. Kita selalu rasa kita hanya staff kecil jee.. tapi boleh x kita berubah menjadi lebih berjaya dr staff yg besar2..
  10. Kita selalu buat alasan dan alasan.. dah laa tue.. berubah jee.. xyah laa buat2 lagi alasan tu.. buat jee selagi kita masih hidup..

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka
(Ayat 11 : Surah Ar-Rad)


Wallahualam..

Aku doakan korang kaya, berjaya, bahagia, tenang, bertenaga, sihat sentiasa, beriman dan sentiasa disayangi oleh semua org.. amin..


Rujukan:


Friday, April 20, 2012

hanya 1 klik, anda telah membuat amalan.. mcm mana??

alhamdulillah.. syukur ke hadrat allah sbb anda yg dah masuk dalam blog aku ni telah membuat amalan dengan hanya masuk dalam blog ni.. mesti korang mcm confius kn?? baca penerangan aku pelahan2.. nanti korang akan faham..

alhamdulilah syukur ke hadrat Allah atas kurniaan idea ini dan terlebih dahulu aku nk berterima kasih kepada isteri aku, Siti Nur Bazilah Binti Sarpudin sbb setuju dan support idea aku ni..

perkara pertama.. korang perasan x kebanyakan benda dlm internet diberikan percuma.. mcm Google search dan Yahoo search.. diaorg ni company besar tp bg aplikasi tu secara percuma.. kepada yg x perasan, sbnrnya diaorg ni menjalankan konsep pengiklanan tanpa kita sedar.. contoh yahoo:


korang perasan x iklan yg ada dalam main page Yahoo.. aku tunjuk 2 je lokasi iklan.. tapi sebenarnya lebih dari 10 iklan yg ada dalam gambar kt atas ni.. sbnrnya company2 iklan ni yg bayar Yahoo, Google dan lain2 atas iklan yang dipaparkan..

mcm blog aku.. 


aku berdaftar dengan Nuffnang.. iaitu sebuah company yg akan bayar blogger2 atas iklan2 yg keluar kt blog diaorg.. mcm mana diaorg terima bayaran adalah berdasar kepada berapa bilangan viewer.. mcm gambar kat bwh ni..


lagi byk org yg bukak blog kita tue kat mana2 topik pun,, lg banyak laa income yg akan dpt.. mcm mana kira income tu, aku malas nk panjang cite kt sini sbb byk teknikal term yg akan aku taip yg akan membuang masa pada korang2 yg x minat nk tahu.. sesiapa yg minat, comment post ni k.. kalau ramai yg nk tahu, aku akan buat post khas utk tue..

soalan???? Kenapa aku kata yg korang dh buat amalan masa masuk blog aku ni??

kalau korang yg awal2 dh visit blog aku sblm ni mungkin perasan topik ni:

The more you give, the more you get back... 

http://knowledge-is-unlimited.blogspot.com/2012/04/more-you-give-more-you-get-back.html

selepas berbincang dengan wife aku, kitaorg buat keputusan, duit yg akan dapat dari blog ini akan disalurkan kepada badan2 kebajikan amal yang melibatkan rumah anak2 yatim, fakir miskin, ibu tunggal, orang kurang upaya..

so kalau korang dah mula confius.. aku buat flow ni utk memudahkan korang..


apa idea2 bagi blog aku?? korang bleh tgk kt 

Perancangan topik-topik bagi blog 

http://knowledge-is-unlimited.blogspot.com/2012/01/perancangan-topik-topik-bagi-blog.html

tq sbb korang support usaha2 yg cuba dibuat dan aku mintak tolong 1 benda jee lagi..

plzzzzzzzzzzzzzzzzz share blog ni kt kekawan korang..

niat utama blog aku adalah share knowledge yg ada pada aku dan ilmu yg akan aku dapat kepada semua org.. dan kedua untuk beri peluang pada korang untuk beramal jariah.. lebih ramai tahu konsep ni, lebih byk amalan yg kita boleh buat bersama.. THE MORE YOU GIVE, THE MORE YOU GET..

plzzz like dah share post kt facebook korang dan email laa pada kekawan yg xde FB.. harap ramai yg akan faham konsep amalan ini..

p/s: kepada sesiapa yg byk ilmu dan berminat utk beramal dengan konsep sama mcm aku buat.. plzz comment dan aku akan cuba reply sepantas mungkin.. amin..

tq to all.. 

aku doa korang semua kaya, berjaya, bahagia, sihat sentiasa dan sentiasa beriman..

tq...


Thursday, April 19, 2012

ada ke masa nk buat benda lain??

Soalan tu laa yg selalu bermain dalam minda aku satu masa dulu.. sbb waktu subuh, aku bangun solat, mandi n siap2 pg keje.. bila petang, selalunya mesti aku terlajak balik, sepatutnya 4.30 ptg punch out tp pkl 5 lebih baru aku keluar pejabat sbb bila waktu ptg org x kacau sangat n bleh laa buat keje2 yg tertinggal.. sampai rumah, main2 dgn anak jap.. mandi solat magrib.. mkn mlm.. tv kejap dan tido.. pun kdg2 rasa x cukup tido..

aku ada terasa mcm nk buat projek utk naik taraf hidup.. tp.. ada ke masa??

alhamdulillah.. akhirnya minda ku terbuka.. skrg ni aku dh x tau cite apa yg best kt tv sbb aku dh guna masa tu utk projek aku.. aku dh guna sebahagian masa tido aku dan masa tgh drive kereta, aku akan plan stages yg perlu aku buat utk projek2 aku.. alhamdulillah, langkah demi langkah aku dapat capai apa yg aku rancang..

so, kalau korang ada plan apa2.. plzzzzzzzzzzzzzzzzzz jgn laa tanguh2.. sblm terlelap tido, masa baring2 nk terlelap tu, plan laa apa yg korang nk buat esok dan pukul berapa masa free yg boleh buat benda tu.. yg paling penting mesti buat apa yg kita rancang.. klau x buat, hanya rancang dan rancang.. sampai bila2 laa merancang jee..

so.. klau ada terfikir apa2 skrg.. jgn tunggu lg.. ada masa.. buat jee.. guna laa masa tgk Astro sbb Astro xde nk tlg kita bila kita kesusahan.. kita yg kena tlg diri kita sendiri..

Sory klau mcm aku stress skit bab ni sebab sedih tgk kwn2 n saudara mara yg masih bergerak dgn perlahan dan ada yg x bergerak.. just put dlm mind, selagi ada alasan, selagi tu laa kita akan mengelak.. buat jee.. yg penting jgn menzalimi sesiapa.. jgn sampai tinggal anak bini.. jgn sampai jejas kesihatan.. jgn sampai menyusahkan sesiapa.. buat slow step tp consistent k..

apa2 pun saya doakan korang semua kaya dan berjaya... amin..


'the more you give, the more you get'

Wednesday, April 4, 2012

The more you give, the more you get back...

Assalammalauikum, selamat sejahtera..

kepada korang yg membaca blog aku ni, aku doakan korang sihat sentiasa, beriman, berjaya dalam hidup, dipermudahkan urusan dalam hidup dan bahagia disamping keluarga..

kenapa aku doakan korang ekk??

sbb baru2 ni aku belajar sesuatu dalam hidup aku..

pada mula2 aku bukak blog ni, niat aku adalah nk kongsi ilmu sambil2 tue bleh buat duit dengan iklan2 dlm blog aku.. skali tgk2, iklan melalui blog ni xde untung sgt pun.. dari aku bukak sampai hari ni baru dapat 18sen jee... kuih karipap pun x lepas.. cheh..

lepas tu aku dah malas berharap pada income tu n mula tanam niat ikhlas utk post2 yg aku buat.. pada ahad lepas, aku tetiba jee dapat pelbagai ilham untuk diri aku dan org2 sekitar aku masa dalam 1 kursus ni.. aku pun rasa yg aku patut buat sesuatu untuk diri aku n org lain..

bila fikir2 balik, baru aku teringat.. mungkin blog ni laa yg membantu aku.. dengan aku berniat utk tambah ilmu org lain, Allah yg Maha Besar Lagi Maha Mengetahui telah beri aku ilham dan panduan untuk aku meningkatkan taraf hidup aku, keluarga aku dan hidup org lain..

so, sape2 yg rasa dia mempunyai ilmu2 yg boleh dikongsi bersama org lain, berkongsi laa dengan apa cara pun selagi org lain tu mahu mendengar.. kalau dia xnk dgr, jgn paksa plak.. krg elok2 kawan tu nak tido, dh ganggu dia plak..

tp kalau kita rasa yg kita ni xde benda nk kongsi, belajar2 laa dgr ilmu dr org lain dan sampaikan kpd org lain..

cara terpantas ialah, share laa blog aku ni kat kekawan korang utk bantu org lain tambah nilai hidup mereka.. lagi berjaya kawan2 kita, lagi tinggi laa martabat kita kerana mempunyai kawan2 yg berjaya.. betul tak??

so.. share laa page aku ni kt kekawan korang.. aku xde kaut untung pun kalau ramai yg join blog aku ni.. cuma inshaallah, dengan ilmu yg aku cuba sampaikan ini dapat membantu menaiktaraf hidup org lain.. amin..

wassalam..