Friday, April 27, 2012

mcm mana laa aku nk kuatkan daya ingatan aku??

Meningkatkan kekuatan akal 

alhamdulillah.. skali lg korang membuat amalan dengan bukak blog aku.. kpd yg x tau, mesti pelik kan??
sbb apa aku kata mcm tu, tgk page ni:
hanya 1 klik, anda telah membuat amalan.. mcm mana?? 
http://knowledge-is-unlimited.blogspot.com/2012/04/hanya-1-klik-anda-telah-membuat-amalan.html
kpd yg dah tahu apa niat aku utk blog ni, aku ucap terima kasih x terhingga sbb support aku..

so jgn laa teragak2 lagi.. share laa dgn saudara mara n kekawan korang tuk buat amal sambil berkongsi ilmu k.. tq2..

Aku memang admit bahawa aku susah skit bab2 nk menghafal.. so mcm mana aku nk buat?? skali aku jumpa post ni.. Alhamdulillah..

Pada zaman Salafus soleh dahulu, mereka terkenal dengan kekuatan akal fikiran ataupun daya ingatan yang tajam. Di dalam sebuah keluarga, mereka memastikan paling kurang seorang mesti menghafal Al-Quran. Ada di antara mereka yang menghafal puluhan ribu hadis. Di antaranya Imam Ahmad bin Hambal menghafal sejuta hadis. Apakah rahsia kekuatan akal fikiran mereka? Ulama-ulama Islam telah sepakat bahawa syarat yang pertama dan utama untuk mempunyai kekuatan akal yang kuat ialah menjauhi segala maksiat kepada Allah. Syarat kedua ialah makan tidak berlebihan.
Di antara petua penting menguatkan akal menurut ahli-ahli perubatan Islam:

1. Makan kismis pada kadar 21 biji sehari.
2. Makan buah badam.
3. Makan daging kambing.
4. Halwa halia.
5. Kemiyan putih (mustaki) atau kemiyan serani. (yg ni aku x sure benda apa dan nk buat apa?? tolonggg)
6. Makan buah limau.


LARANGAN

Ahli-ahli perubatan dan ilmuan Islam juga, kuat menjaga pantang larang yang boleh melemahkan kekuatan akal. Di antaranya:
1. Mengelakkan minuman yang terdapat semut di dalamnya.
2. Mengurangkan makanan-makanan yang masam.
3. Mengelakkan makan ikan di bahagian kepala.
4. Mengelakkan tidur selepas subuh, asar dan maghrib.
5. Menjaga kebersihan dalam semua aspek terutama gigi dengan bersiwak setiap kali waktu sembahyang.

Untuk menjadi peribadi yang berjaya akal fikiran mesti sentiasa di majukan dan dipertingkatkan. Jadikan pandangan anda lebih positif, lebih global (luas) dan sentiasa terbuka. Disiplin untuk akal perlu ada supaya ia dapat berfikir secara teratur dan daya kekuatan akal dapat digunakan semaksima yang mungkin untuk memajukan diri sendiri.

Selamat berjaya kepada anda semua..

Rujukan:
http://hikmatun.wordpress.com/2008/03/09/meningkatkan-kekuatan-akal/
http://sofiyah-cookies.blogspot.com/2012/04/khasiat-badam.html
 

No comments:

Post a Comment