Thursday, August 22, 2013

Salah satu punca KEGAGALAN - "Tak nak buat"


masa aku menulis untuk 
boring? bosan? tidak tahu nak buat apa? 1 + 9 cara untuk guna masa dengan sebaiknya
http://knowledge-is-unlimited.blogspot.com/2013/08/boring-bosan-tidak-tahu-nak-buat-apa-1.html

aku terbaca Kata Kata Mutiara Thomas Alva Edison (1847-1931)
"Kelemahan terbesar terletak pada putus asa. Cara yang paling pasti untuk berjaya adalah selalu mencubanya satu kali lagi" 
"Hanya kerana sesuatu tidak berjalan seperti yang anda rancang, tidak bererti bahawa ianya sia-sia"

sbnrnya klau kita dh plan dan cuba buat tetapi benda tu x menjadi, kita bukan gagal sbb kita dah rancang dan cuba buat.. Allah lebih mengetahui sesuatu yang lebih baik untuk kita..
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal dia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
( Ayat 216 : Surah Al-Baqarah ) 

contoh 
"aku dah basuh baju, masa nk sidai tiba2 mak aku panggil minta tolong buat benda lain, so terpaksa laa aku sidai lambat sikit"
mungkin Allah x izin sidai awal2, nk elak sesuatu x elok berlaku..

sebenarnya ada byk ujian Allah dalam hidup dan sbnrnya Allah nk beri rahmat melalui ujian tu tapi mula timbul hasutan syaitan yang membuat rasa malas wujud dan mula wujud pelbagai alasan.. last2, sbnrnya boleh buat cuma malas buat.. dan akhirnya x buat pun apa2..

so.. cara terbaik adalah..
1. rancang
2. buat
3. redha dan buat dengan lebih baik lagi

"aku akan gagal apabila aku sendiri yang tak buat"

wallahualam..

Friday, August 16, 2013

boring? bosan? tidak tahu nak buat apa? 1 + 9 cara untuk guna masa dengan sebaiknya




Assalam,

ishhhh.. dh lama x menulis..

mula2 aku bukak blog ni dengan harapan aku nk share semua knowledge yg aku ada dan berharap ianya memberi peluang utk aku memperoleh ilmu dengan lebih banyak.. "the more you give, the more you get back"..

pada mulanya aku ingat nk share knowledge yg aku ada utk jana pendapatan tapi rupanya aku x mcm penulis tegar seperti sahabat2 aku yg lebih hebat :

http://lieroseqiemi.blogspot.com/
http://fidaghazi.blogspot.com/

aku redha dan kemudian aku berniat ikhlas dan mula malancarkan program:
http://knowledge-is-unlimited.blogspot.com/2012/04/hanya-1-klik-anda-telah-membuat-amalan.html

kemudian rezeki aku mula melimpah ruah dan sehingga aku dh x sempat nk menulis dalam blog ni.. skrg ni rasa mcm nk menulis balik.. topik ni adalah kandungan dari apa yg aku buat semasa aku mula busy dgn projek2 aku.. so kita ke topik kita k..




 1 + 9 cara untuk guna masa dengan sebaiknya


"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal solleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." [al-‘Ashr 103:1-3]

macam mana nk menghilangkan rasa boring, rasa bosan??? sbnrnya senang jee..

http://www.mapim.org/wp-content/uploads/2012/11/3.gif

Cara Paling Mujarab - Buat solat sunat
sebenarnya ni lah satu cara yg paling mudah utk hilang boring sbb lepas korang solat dan berdoa, insha Allah mesti mcm2 idea apa nk buat akan masuk.. lebih banyak kita minta kepada Nya, lebih banyak dia akan beri.. Dia kan Maha Pemurah..


klau xde idea gak boleh try cara2 yg lain kt bawah ni..
 

http://andydhani.files.wordpress.com/2012/05/sms-mak.png

Cara 1 - Call / SMS Saudara mara atau kawan2 lama
cara paling mudah sms kawan2 lama bertanya khabar.. boleh eratkan sillaturrahim.. silap2 memang dh lama kawan2 tu cari kita sbb hilang no phone kt hp dia.. dgn cara kita sms atau call, boleh dia dpt balik cara nk contact kita..


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzxVXoFIFWGxjkWumyZeXHN6Mf4QNOuyglLTYXKfAQV_ySjAxUi9ElyG39KRy6kUkTeYLVmY2Ca61DmkvvutwtKXTjz69JtaUzCT9OWjHxfVGVGCzVMSm-qXVtfAGzT3onr_lgjDcoD4s/s640/before_after_living_room_II.3880025_std.jpg
Cara 2 - Kemas meja/ruang pejabat atau bilik / rumah kita
walaupun rasa malas tapi ini adalah perkara yg penting sbb klau pejabat atau rumah kita bersih dan kemas, org2 yg dtg tempat kita pasti happy tgk environment kita (aku pun nk kena kemas laa tempat aku ni.. hehehe.. :D)

http://us.123rf.com/400wm/400/400/denisnata/denisnata1108/denisnata110800026/10274880-happy-family-playing-a-video-game.jpg
Cara 3 - Buat sesuatu yg boleh menggembirakan org disekitar kita
apa kata kita menjadikan org sekitar kita menjadi lebih gembira.. buat sesuatu yg membahagiakan org di sekitar kita.. x semestinya memerlukan duit utk buat org gembira.. ambil beberapa helai kertas dan design kad utk hari lahir, hari bapa, hari ibu dan hari apa2 laa.. bila sampai masa sesuai dah x perlu beli kad lagi dh..

buat program untuk holiday berdasarkan budget yg ada.. x semestinya seminggu dua dh nk pergi.. buat program utk 2 tahun lg pun xpe.. klau perlu tiket flight lagi murah klau plan awal2..


http://www.woolwich.ca/en/resourcesGeneral/Calendar-Planning-photo.jpg
Cara 4 - Berfikirlah apa yg kita nk buat utk esok, lusa, tulat, minggu depan, bulan depan, tahun depan
"hari ni pun x tau nk buat apa, mcm mana nk fikir utk esok2??"

sbnrnya setiap hari x sama sbb kita ada hari isnin sampai ahad.. ada hari kerja, ada hari cuti, ada hari exam, ada hari lahir, ada mcm2 hari laaa.. jadi klau kita plan awal2 kn mudah untuk prepare utk hari2 yg istimewa..
"bila nk beli hadiah utk birthday mak aku??"
"apa nk prepare utk anniversary tahun depan??"
"teringin laa nk berbuka puasa dgn anak2 yatim tahun depan, nk buat mcm mana ekk??"

salah seorg millionaire dalam malaysia ni pernah kata
"saya telah merancang jadual hidup saya selama 5 tahun selepas hari ini"


ertinya dia dh ada planning apa yg dia nk buat utk 5 tahun.. ni baru millionaire.. klau billionaire silap2 dan rancang 10 - 15 tahun untuk hidup dia selepas ni.. klau trillionaire???

perancangan tu salah satu usaha..

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)


http://freelancefolder.com/wp-content/uploads/creative-paint-brushes.jpg
Cara 5 - Buat sesuatu yang kita minat dan ianya memberi kebaikan dan faedah kepada kita dan org lain
aku dulu suka sgt2 main game.. lama2 dh bosan.. tgk movie?? lama2 dah bosan.. tp daripada aku main game, baik aku cuba belajar buat animation mcm yg game buat.. tapi mcm mana nk buat?? apa lagi.. GOOGLE kn ada.. seach jee teknik2 buat animation..

klau korang seorg chef, tapi minat nk belajar programming.. apa kata belajar jee VBA, HTML coding, JAVA, PHP coding dan byk lagi laa ilmu programming yg ada.. buat android application kee.. silap2 boleh bantu kerja2 kiraan stok atau simpan resepi2 masakan anda dan akhirnya membantu dan mempertingkatkan bicang chef tu.. kan bagus..

klau seorg mechanical engineering plak minat memasak.. belajar laa.. mungkin satu hari boleh design peralatan memasak yang lebih advance..

sbnrnya byk benda kita boleh buat yg akan membantu menaik taraf hidup kita.. tapi yang paling penting:

JANGAN PUTUS ASA & BUAT SAMPAI SIAP

memang tu sgt2 penting sbb klau semua sekerat jalan.. memang akan lebih rasa kecewa.. Think Positif.


"Aku tidak gagal. Aku hanya menemui 10000 teknik yang tidak betul"
"Kelemahan terbesar terletak pada putus asa. Cara yang paling pasti untuk berjaya adalah selalu mencubanya satu kali lagi"
"Hanya kerana sesuatu tidak berjalan seperti yang anda rancang, tidak bererti bahawa ianya sia-sia"

Kata Kata Mutiara Thomas Alva Edison (1847-1931) 
merupakan salah satu pencipta terbesar yang menciptakan mesin telegraf, gramofon, alat projektor dan mcm2.


http://thelifeoasis.com/wp-content/uploads/2013/06/time-management.jpg
Cara 6 - Tgk jam dan apa yg perlu kita buat untuk persediaan perkara2 untuk hari ini
selalunya org akan boring dari jam
  1. 9 pagi - 11 tengahari
  2. 3 petang - 6 petang
  3. 9 malam - 11 malam
cuba kita isi masa kita mcm ni..
  1. 9 pagi - 12 tengahari
    1. 9 pagi - berjoging atau senaman ringkas
    2. 10 pagi - solat dhuha
    3. 11 pagi - siap2 bahan untuk masak makan tghari
    4. 12 tghari - tido kejap sebelum solat zohor
  2. 3 petang - 6 petang
    1. 3 ptg - kemas rumah skit
    2. 4 ptg - baca al quran dan prepare solat asar
    3. 5 ptg - jenguk2 apa yg boleh buat utk mkn malam
    4. 6 ptg - bwk anak2 atau adik beradik pergi main kt taman
  3. 9 malam - 11 malam
    1. 9 mlm - layari google dan belajar sesuatu
    2. 10 mlm - rancang apa perkara wajib yg perlu anda buat esok
    3. 11 mlm - tido laa sbb esok byk benda lagi nk buat
sbnrnya ada jee benda kita boleh buat.. cuma kita nk atau tak nak buat jee..

http://resources2.news.com.au/images/2012/08/31/1226422/169638-happy.gif
Cara 7 - Keluar rumah dan bawa keluarga, saudara mara atau kawan2 ke tempat2 yg menggembirakan mereka
kita selalu ingat kita akan menggunakan duit dgn byk klau keluar berjalan.. sbnnya demand kita yang menjadikan belanja tu byk..

pergi laa jln2 kt taman tasik, mandi sungai, jalan2 cuci mata kat shopping complex..
memang kita dah biasa pergi tempat2 mcm tu.. tapi pergi laa tempat2 yg kita x biasa pergi.. mesti ada di sekitar kita yg famous dan ramai dah org pergi cuma kita jee yg x pergi..

contoh 1: berapa ramai org kt KL tau bukit belacan kt mana?? tp baru2 ni ada pergi x??
contoh 2: pergi la sorang2 pun xpe kt pejabat mak ayah kita dan kata laa saje je dtg melawat tgk diaorg bekerja.. mkn laa tghari dgn diaorg.. mesti diaorg happy.. tp jangan sampai kacau diaorg keje pulak k..


http://farm4.static.flickr.com/3495/3312719109_b2c048ef76_b.jpg
Cara 8 - Susun dan buat perkara2 yg anda lama dh nk buat
Contoh 1 : Gambar2 dalam HP, susun masuk ikut kategori.. senang laa nk tgk2 balik gambar2 tu.. xpun boleh dh print dan masuk dalam album.. klau hp atau harddisk rosak.. ada lagi gamabr2 kenangan dalam album.

Contoh 2 : dan lama nk ubah kedudukan sofa ruang tamu atau susun atur tempat kita kerja.. buat laa.. boleh bagi new enviroment kn??

Contoh 3 : dh lama pintu almari dapur tu rosak.. nk try repair laa.. silap2 dh x perlu beli lain.. jimat duit..


http://commonsenseatheism.com/wp-content/uploads/2010/01/charity-for-starving-kids.jpg
 Cara 9 - Buat laaa amal kebajikan yang tak pernah terfikir atau takut2 nak buat sebelum2 ni
Contoh 1 : klau dh tinggal sejam nk masuk waktu solat, apa kata pergi surau dan menyapu dalam surau.. mesti jarang2 atau x pernah buat kan?? yg selalu buat tu memang aku respek laa.. klau confirm nk pg, bwk laa penyapu dari rumah.. krg dah sampai dan x jumpa penyapu, mula laa x jd buat amalan.. tp klau memang x bwk jugak, baca laa al quran atau buat solat sunat.. terisi jugak masa tu kn??

Contoh 2: check balik apa mknn yang masih boleh makan kt rumah kita, susun dan packing elok2.. yang paling mulia, pg la bagi kt rumah anak2 yation atau fakir miskin.. pengemis tepi2 jalan pun xpe.. daripada biarkan mknn tu expired.. last2 buang jee..

Contoh 3: Pergi laa ziarah rumah org2 tua dan rumah anak2 yatim dan tawarkan bantuan yg anda boleh bagi dan x semestinya mengeluarkan modal.. silap2 anda mahir buat plumbing.. rumah tu pulak dah lama paip air tersumbat.. boleh laa buat kerja2 amal.. paling kurang pun bergaul dan bermesra dengan org2 tua dan anak2 yatim tu..


Alhamdulillah
itu laa 9 + 1 cara untuk guna masa anda dengan sebaiknya yang mampu aku fikirkan.. klau ada idea lain, share2 laa k.. tq Allah sbb beri peluang ini kepada aku..

insha allah.. nanti aku share lagi benda lain k.. amin..