Monday, January 30, 2012

Anugerah Juara Lagu - AJL 26

Perrghhh smlm aku melayan AJL 26.. memang ramai yg power2.. tp ada gak yg mcm ehem2 skit.. tapi xpe laa.. anyway.. aku dah jumpa set AJL 26 kat youtube..

so sape2 yg belum tgk bleh laa tgk n korang yg dh tgk bleh laa tgk balik finalis2 ajl ni..

apa lagi.. enjoy.. (jgn sampai x buat keje plak k)..


Hafiz - Awan Nano - AJL 26 - Juara & Vocal Terbaik



Ning Baizura , Shila Amzah , Jaclyn Victor - Beribu Sesalan - AJL 26 - Tempat ke-2



Faizal Tahir - Karma - AJL 26 - Tempat ke-3



Alyah - Kisah Hati - AJL 26 - Persembahan Terbaik



Jaclyn Victor - Sedetik Lebih - AJL 26



Projek Pistol - Wanita Seluruh Dunia - AJL 26



Sohaimi Mior Hassan , Ana Raffali , Altimet - Kalau Berpacaran - AJL 26



Yuna - Gadis Semasa - AJL 26



Aizat - Sungai Lui - AJL 26



Yuna - Penakut - AJL 26



Monoloque & Atilia - Kekanda Adinda - AJL 26



Najwa Latif - Cinta Muka Buku - AJL 26

Friday, January 27, 2012

Penginapan di sekitar Johor Bharu - Hotel

aku n wife planning nk pg rumah kawan kat kota tinggi (harap2 jadi) untuk hadir majlis perkahwinan dia (Lila & Nasir).. so dah alang2 sampai johor aku ingat nk bermalam 1 mlm kt JB.. bleh try makan kat Senibong.. dgr cite ada byk fresh seafood.. so aku mintak isteri aku tlg cari hotel yg x mahal sgt (budget hotel) tp selesa..

aku n wife dah ada experience kt Terengganu, hotel murah je RM50 tapi mcm rumah tumpangan sbb bilik giler sempit, dinding x maintain n toilet x leh sentuh dinding - mcm geli skit.. nasib baik bukan rumah pelacuran jee..

so selepas wife aku buat review melalui website.. ada laa senarai hotel.. so lepas tu keje aku call check availablity n tanya katil size apa.. berikut adalah apa yg aku dapat..

mungkin rate bergantung kepada distance to bandar JB.. pandangan aku laa.. terpulang kepada yang nk menginap.. dekat bandar mahal skit.. tapi kalau nk murah.. jauh skit laa..

so mungkin berguna kalau korang yg ada plan nk pg JB..

have a safe journey... amin..

Thursday, January 26, 2012

Laman Web BPH Telah Di Hack

Aku sebenarnya tgh nk buat rayuan kuarters kerajaan.. pagi td ni aku try bukak laman portal Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) untuk cari no telefon pegawai yang incharge.. skali tgk2 portal BPH dan kena hack.. aku try call operator BPH nk maklum hal tu tp x jawab2.. agaknya ramai yg tgh bg tau kut.. ni laa gambar yg berjaya aku capture dari laman Portal tue..



aku x kenal laa sape INTRA tu.. tapi x patut diaorg buat mcm tue sbb kesian kepada org yg incharge pasal portal tue..

xpe aku akan try call lagi BPH utk bg tau diaorg..

Just utk pengajaran kita- kalau kita incharge pasal laman web (nasib baik aku dah x incharge - opis lama).. kita kena laa ensure kita ada security utk laman web (sebenarnya aku pun x tau pasal security laman web ni - x belajar lagi.. hehe..)..

ya Allah.. kau permudahkanlah urusan seharian kami.. amin..

Karaoke - Ombak Rindu

Aku x berapa perasan lagu Ombak Rindu mula2 masa lagu tue keluar.. cuma perasan masa movie Ombak Rindu dah mula ditayangkan.. mula2 ingat nk laa download video clip dari youtube.. skali aku terjumpa instrumental lagu tue.. fikir2 punya fikir.. ok gak kalau aku guna lagu n beberapa perkara lagi mcm lirik n beberapa software untuk buat karaoke lagu tue..

so finally aku dah berjaya siapkan version karaoke walaupun ada beberapa perkara kecik yg aku x puas hati.. tapi dari aku guna masa yg banyak.. baik aku share jee.. ni laa first time aku publish kat youtube.. skali search balik, rupanya dah ramai buat version karaoke.. cuma aku cuba buat yg macam actual karaoke concept.. dgn lirik guidance.. korang try laa tgk k..

 

Aku guna software 
  1. AV Video Karaoke Maker - Lirik
  2. Corel Video Studio - Video
  3. Any Video Converter
Inshaallah kalau aku berkesempatan nanti, aku akan try explain step-by-step utk guna software2 tue..

so.. enjoy..

Thursday, January 19, 2012

Penginapan Sekitar Desaru - Sempena Perkahwinan Lila & Nasir

Sambil2 aku plan nk pg weeding Lila & Nasir (classmate wife aku masa study kt U).. aku pun mencari laa penginapan yang ada sekitar kawasan Desaru.. so aku jumpa laa beberapa tempat.. aku nk share untuk korang yg turut dijemput n mencari2 penginapan bleh laa tgk2 apa yg aku jumpa n mungkin bleh mempermudahkan korang.. aku cari based on google jee.. malas nk go to detail..

so aku pecahkan kepada 2 jenis.. hotel dan homestay..

berikut senarai yg telah aku susun..


Hotel
No Hotel Telefon Rate
(4/2 - 5/2)
Availablity (4/2 - 5/2)
1 Rest Inn Hotel   07-882 7777  RM 98.00 10 room
(8.30 am - 18/1 - by phone)
2 Pelangi Balau Resort 07-8322 833  RM 180.00 Full booked (by phone)
3 Pulai Desaru Beach Resort & Spa 1800 88 4313  RM 310.00 not sure
4 Desaru Golden Beach Hotel 07-822 1101  RM 305.00 not sure




Homestay
No Homestay Telefon Rate
(4/2 - 5/2)
Availablity (4/2 - 5/2)
1 De'Qaseh Homestay 019-7301933  RM 230.00 3 room (1 house) Available
(8.44 am - 19/1 - by phone)
2 Damai Bandar Penawar 019-7256120  RM 180.00 3 room (1 house) Available
(8.50 am - 19/1 - by phone)




so kalau korang ada plan nak pg.. cepat2 laa booking.. krg melepas plak..




Monday, January 9, 2012

Mencetak nama dan alamat pada sampul surat - kuantiti yang banyak - cara mudah

Pernah x korang terfikir.. mcm mana laa nk print especially mcm kad jemputan atau sampul surat.. format, corak & design sama tapi nama jemputan berbeza bagi setiap kad..

dalam tahun 2009.. aku cuba cari duit lebih.. so aku dapat laa peluang mengajar Microsoft Excel 2007.. masa sesi soal jawab ada laa sorang peserta tanya soalan ni kat aku (aku dh x ingat sapa dia).. aku x tau masa tu mcm mana nk buat.. so selepas tue aku pun mencari tekniknya..

sebenarnya senang jee.. korang hanya perlu:
  1. Microsoft Word 2003/2007 (design)
  2. Microsoft Excel 2003/2007 (list)
  3. CutePDF (Free Download) (Optional) - free download
So aku nk tunjuk untuk buat set nama dan alamat bagi sampul surat k..

Langkah 1
Buat senarai nama dan alamat dalam Microsoft Excel.. alamat kena laa buat dalam 3 atau 4 bahagian mengikut berapa line alamat tue.. save laa kat mana2 folder yang korang suke.. janji ingat folder mana..



Langkah 2
Design sampul surat seperti yang korang nak dalam Microsoft Word


Langkah 3
Klik pada bahagian Mailings -> Start Mail Merge -> Step by Step Mail Merge Wizard


Langkah 4
Klik Next: Starting document


Langkah 5
Klik Next: Select recipients


Langkah 6
Klik Browse.. Kemudian pilih file Microsoft Excel yang korang dah save kat Langkah 1..

Langkah 7
Pilih Sheet bagi nama dan alamat pada file Microsoft Excel yang korang buat kat Langkah 1..

Langkah 8
Senarai nama dan alamat akan keluar merujuk kepada file excel (Langkah 1). Klik OK..

Langkah 9
Klik Next: Write your letter (x tau laa nape gambar ni meleper plak)
Langkah 10
Klik pada More items.. kemudian klik Insert bagi setiap Fields..


Langkah 11
Susun item (Nama, Alamat 1, Alamat 2 dan Alamat 3) macam gambar kat bawah..
Kemudian klik Next: Preview your letters

Langkah 12
Korang boleh tgk nama dan alamat yang lain dgn klik pada << atau >>
Kemudian klik pada Next: Complete the Merge

Langkah 13
Klik Print

Langkah 14
Kalau nk print untuk semua nama dan alamat klik kat All dan klik OK

Langkah 15
Korang boleh terus print pada printer korang tapi mcm aku aku nk jdkan file PDF dulu.. so aku guna CutePDF..

Langkah 16 (Optional)
Save nama file PDF yang korang nk..

Hasilnya boleh korang tgk kat file PDF yang dh save td (kalau guna CutePDF laa)..



korang boleh guna untuk print nama pada kad jemputan kahwin yang dh siap tempah.. set betul2 lokasi nama kat kad kahwin.. try print.. kalau dah jadi 1 atau 2.. boleh print semua.. silap2 boleh design sendiri n print sendiri.. jimat skt kn?? (napa laa aku x terpikir masa aku nk kahwin dulu2)..

So.. kalau x berapa faham atau ada teknik yang lebih baik.. komen laa k..

Selamat mencuba...

Friday, January 6, 2012

Rukun Wuduk

Sempena hari jumaat ni aku ingat nk pegi aspek keislaman skit laa.. kalau korang x tau.. mungkin ini laa peluangnya.. kalau korang dh tau.. mungkin ni laa nk refresh.. kalau korang lg expert.. komen laa skit.. share2 laa ilmu dgn aku.. mungkin aku ada peluang pulak nk belajar plak dgn korang.. cuma aku bukannya setaraf dengan ustaz tapi boleh laa kita sama2 berkongsi ilmu..

Pengalaman aku pernah terjadi satu masa dulu.. rasanya aku dalam belasan tahun.. kalau x silap masa tue tiba2 bekalan air nk kena catu atau paip air nk repair (ingat2 lupe plak) jadi air x banyak macam biasa.. bila time nk solat.. aku dh biasa belasah wuduk cukup2.. tapi bila dah xde air baru aku rasa nk tau..

sebenarnya apa rukun wuduk??

sebenarnya apa itu rukun??

berdasar kepada Dewan Bahasa dan Pustaka, rukun adalah berasal dari bahasa arab iaitu bersinonim dengan dasar, asas, teras, sendi, nadi, tiang, pokok, prinsip etc...

macam rukun islam adalah dasar agama Islam manakala rukun iman adalah perkara yg menjadi dasar iman seseorang Islam..

berbalik kepada rukun wuduk.. rukun wuduk terbahagi kepada 6 perkara (mengikut mazhab imam Syafie)..


  1. Niat
  2. Membasuh muka
  3. Membasuh dua tangan sampai siku
  4. Menyapu sebahagian daripada kepala dengan air
  5. Membasuh dua kaki sampai kedua buku lali
  6. Tertib
so sebenarnya x susah pun.. ada 6 jee step yang paling penting dalam berwuduk.. kita boleh cuba untuk menunaikan perkara2 sunat (contoh : mendahulukan bahagian tubuh yang sebelah kanan, berkumur dan banyak lagi) dalam berwuduk untuk mencapai kesempurnaan berwuduk (cari laa dalam google kalau berminat atau rujuk ustaz yang arif)..


jadi kalau kita dah biaa dengan rutin kita untuk mengejar kesempurnaan berwuduk jangan lupa rukun kat bahagian mana.. so kita tahu tempat mana yg perlu diberi perhatian dan mana yg hanya menjadi perkara sunat (aku pernah tgk org berkumur lama giler.. walhal paip air mengalir jee.. x tutup.. membazir air pulak.. subahanallah)..

kalau ada part dalam post ni ada yg boleh diperbaiki.. mintak korang komen laa yee.. mungkin boleh membantu aku memperbaiki diri aku ini (masih banyak yg perlu belajar lagi).. amin..


jadi selamat beramal..



Rujukan:
Dewan Bahasa dan Pustaka : Rukun : http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=rukun

http://www.netfision.com/demo/kiosk/rislam2_rukunwuduk.html

http://cikgushimappki.blogspot.com/

http://ms.wikipedia.org/wiki/Wuduk

Thursday, January 5, 2012

Perancangan topik-topik bagi blog

Aku dah plan nk update blog aku skali sehari masa weekdays masa lunch atau sebelum balik.. tapi bila rasa beberapa hari ni sibuk skit laa dgn kerja opis + masa untuk family (bercuti sampai selasa) so mcm susah jugak nk update blog ni sbnrnya.. tp as second step.. better aku buat senarai tajuk2 blog yang aku dah plan.. at least korang boleh laa komen apa2.. tajuk mana yang nak didahulukan atau nk request tajuk (kalau aku boleh buat laa)..

so berikut adalah tajuk (dalam rancangan.. mintak2 boleh laa publish) yang aku rasa nk buat akan datang..

  Komputer
  1. Senarai File dari Windows Explorer - Done
  2. Tarikh pada gambar
  3. Menukar nama file menggunakan Excel
  4. Mencetak nama dan alamat pada sampul surat - kuantiti yang banyak - cara mudah - Done
  5. Windows Media Player - FLV - Shark007
  6. Software yang wajib di Install selepas format PC
  7. Definasi CISS bagi printer
  8. Windows 7 - Kelebihannya
  9. Windows 7 - Printer Driver
  10. Photoshop - Gradient
  11. Photoshop - Shadow
  12. Photoshop - History
  13. Photoshop - Batch
  14. Photoshop - Script 
  15. Laman Web BPH Telah Di Hack - Done

 

  Islam

  1. Rukun Wuduk - Done
  2. Rukun Solat
  3. Rezeki - Makanan
  4. Kelebihan Tarawih - berdasar kepada pengalaman
  5. Hukum Makan Belangkas - Done

  Kekeluargaan
  1. abg kandung ku yg GENIUS - Mohd Zaizam Bin Mohd Noor.. - Done

  Info

  1. HTC vs S2
  2. Kaitan berjabat tangan dan kesihatan
  3. Bahaya sms menggunakan handphone touchscreen
  4. Lirik lagu Jamal & Malique - Aku Maafkan Kamu

  Resepi
  1. Resepi Laicheekang
  2. Resepi Spegaty Cabonara / Albino

 Keibubapaan - Parenthood

  1. Susu semasa mengandung
  2. Susu bayi terutama baru lahir
  3. Botol susu anti colic & tersedak   

  Percutian

  1. Penginapan Sekitar Desaru - Sempena Perkahwinan Lila & Nasir - Done
  2. Penginapan di sekitar Johor Bharu - Hotel - Done

  Hiburan


  1. Karaoke - Ombak Rindu - Done
  2. Anugerah Juara Lagu - AJL 26 - Done

Ni semua adalah tajuk2 yg aku terfikir nak buat based on pengalaman aku.. kalau ada lagi tajuk lain yg teringat aku akan update kt sini..

So.. kalau korang ada idea lain atau nk tajuk yang tersenarai di publish dengan lebih cepat boleh laa request k..