Thursday, April 26, 2012

kenapa laa ashik aku diuji??

alhamdulillah.. skali lg korang membuat amalan dengan bukak blog aku.. kpd yg x tau, mesti pelik kan??
sbb apa aku kata mcm tu, tgk page ni:
hanya 1 klik, anda telah membuat amalan.. mcm mana?? 
http://knowledge-is-unlimited.blogspot.com/2012/04/hanya-1-klik-anda-telah-membuat-amalan.html

kpd yg dah tahu apa niat aku utk blog ni, aku ucap terima kasih x terhingga sbb support aku..

so plzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz share dgn saudara mara n kekawan korang tuk buat amal sambil berkongsi ilmu k.. tq2..

kali ni aku nk cerita berkenaan ujian yg kita terima.. kdg2 setiap hari ada jee benda jadi pada kita.. soalannya ialah?? kenapa laa ashik jd kat kita??

satu masa dulu aku ada persepsi yg sama.. kdg2 rasa nk mengamuk bila ada jee masalah yg jd.. dan selalunya aku akan membebel pada ahli keluarga dan kawan2 aku (sory yee pada yg dgr bebelan aku) sbb aku nk luah rasa marah aku.. so xde laa aku tension.. tapi bila fikir balik.. mcm x redha pulak aku dgn ujian tuhan tu.. so.. sepatutnya mcm mana ekk??

pada satu hari Allah turunkan ilham pada aku dan aku mula berfikir.. kenapa aku x jdkan ujian pada aku menjadi rahmat sbnrnya?? aikk?? mcm pelik kn??

ada panduan bagi semua benda dlm hidup kita yg tertulis dlm al-quran:

1. KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: Kami telah beriman (I am full of faith to Allah), sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta
( Ayat 2-3 : Surah Al-Ankabut )



2. KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal dia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. 

( Ayat 216 : Surah Al-Baqarah )


3. KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Allah tidak menguji seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
(Ayat 286 : Surah al-Baqarah )


4. KITA BERTANYA : KENAPA AKU RASA KECEWA?
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.

(Ayat 139 : Surah Al-Imran)


5. KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). 
(Ayat 200 : Surah A-li 'Imraan)


6. KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
 Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk
(Ayat 45 Surah Al-Baqarah)
 
7. KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.
(Ayat 111 : Surah At-Taubah)


8. KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.

(Ayat 129 : Surah At-Taubah)

9. KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!! 
..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir. 
(Ayat 87 : Surah Yusuf)





so.. mcm mana nk mendapatkan rahmat dari sesuatu ujian???


Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. 
( Ayat 11 : Surah at-Taghaabun )


kita kena laa beriman dan menerima sesuatu dengan tenang dan sabar kerana Allah Maha Mengetahui.. setiap kali kita diuji, mohon semoga Allah tunjukkan kepada kita jalan yg terbaik buat kita..


Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda: 
"Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba 
selama doa itu tidak mengandungi 
(perkara) dosa, 
(perkara yang) memutuskan silaturrahim 
dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” 

Lalu baginda ditanya oleh seseorang: 
"Apa maksudnya meminta dicepatkan?” 
Jawab baginda: 
"Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”
Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.” (Muslim)


selepas aku menanamkan pemikiran yg positif dan menukar setiap ujian yg aku hadapi kepada sesuatu yg baik.. alhamdulillah aku mendapat lebih byk rahmatnya..

contoh2 rahmatNya:
  1. Mak ayah kita hari2 suruh kita belajar masa kita zaman sekolah, ada x rahmatNya skrg ni walaupun dulu kita mcm malas jee nk belajar..
  2. Kita nampak org hisap dadah.. mcm geli jee tgk diaorg.. tp pernah x kita terpikir, syukur Allah tunjuk org2 mcm tu supaya kita nampak keburukkan yang jadi pada mereka dan kita x nk jd mcm diaorg..
  3. Kita menempuh jem setiap hari pergi kerja, tapi pernah x kita terfikir, masa tu laa sesuai utk kita berzikir kepadaNya.. x pun masa kita berehat sambil berhibur dgr radio.. (jgn marah klau lambat sampai opis, kita sendiri yg keluar lewat..) 
  4. Kita selalu rasa xde masa nk bersenam dan berat badan dah mula naik.. sbb dah sampai masa utk kita berbuat sesuatu.. kemas rumah, cuci kereta, bermain di taman dgn anak2 (berlari2).. baru jantung dpt bersenam.. kalau takat tahan mkn, berdiet tp x bersenam x boleh gak.. kita bukannya hari2 keja bendang yg memang sentiasa berpeluh.. takat menaip keyboard je.. jari jee yg gerak2.. hehe..
  5. Kita bosan dgn perangai org lain.. agak2 ada x org bosan dgn perangai kita..
  6. Kita selalu kata income kita x byk.. tp ada x kita berbuat sesuatu utk menambahnya..
  7. Kita selalu kata "mana ada masa".. tp ada jee masa tgk tv.. selalu jee lebih tido..
  8. Kita selalu kata kita keletihan.. tapi setiap waktu ke kita rasa letih..
  9. Kita selalu rasa kita hanya staff kecil jee.. tapi boleh x kita berubah menjadi lebih berjaya dr staff yg besar2..
  10. Kita selalu buat alasan dan alasan.. dah laa tue.. berubah jee.. xyah laa buat2 lagi alasan tu.. buat jee selagi kita masih hidup..

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka
(Ayat 11 : Surah Ar-Rad)


Wallahualam..

Aku doakan korang kaya, berjaya, bahagia, tenang, bertenaga, sihat sentiasa, beriman dan sentiasa disayangi oleh semua org.. amin..


Rujukan:


1 comment:

  1. Terbaik....betul ade yg di tulis tu...tq...

    Sent by bazilahsarpudin...hehehe

    ReplyDelete