Friday, January 6, 2012

Rukun Wuduk

Sempena hari jumaat ni aku ingat nk pegi aspek keislaman skit laa.. kalau korang x tau.. mungkin ini laa peluangnya.. kalau korang dh tau.. mungkin ni laa nk refresh.. kalau korang lg expert.. komen laa skit.. share2 laa ilmu dgn aku.. mungkin aku ada peluang pulak nk belajar plak dgn korang.. cuma aku bukannya setaraf dengan ustaz tapi boleh laa kita sama2 berkongsi ilmu..

Pengalaman aku pernah terjadi satu masa dulu.. rasanya aku dalam belasan tahun.. kalau x silap masa tue tiba2 bekalan air nk kena catu atau paip air nk repair (ingat2 lupe plak) jadi air x banyak macam biasa.. bila time nk solat.. aku dh biasa belasah wuduk cukup2.. tapi bila dah xde air baru aku rasa nk tau..

sebenarnya apa rukun wuduk??

sebenarnya apa itu rukun??

berdasar kepada Dewan Bahasa dan Pustaka, rukun adalah berasal dari bahasa arab iaitu bersinonim dengan dasar, asas, teras, sendi, nadi, tiang, pokok, prinsip etc...

macam rukun islam adalah dasar agama Islam manakala rukun iman adalah perkara yg menjadi dasar iman seseorang Islam..

berbalik kepada rukun wuduk.. rukun wuduk terbahagi kepada 6 perkara (mengikut mazhab imam Syafie)..


  1. Niat
  2. Membasuh muka
  3. Membasuh dua tangan sampai siku
  4. Menyapu sebahagian daripada kepala dengan air
  5. Membasuh dua kaki sampai kedua buku lali
  6. Tertib
so sebenarnya x susah pun.. ada 6 jee step yang paling penting dalam berwuduk.. kita boleh cuba untuk menunaikan perkara2 sunat (contoh : mendahulukan bahagian tubuh yang sebelah kanan, berkumur dan banyak lagi) dalam berwuduk untuk mencapai kesempurnaan berwuduk (cari laa dalam google kalau berminat atau rujuk ustaz yang arif)..


jadi kalau kita dah biaa dengan rutin kita untuk mengejar kesempurnaan berwuduk jangan lupa rukun kat bahagian mana.. so kita tahu tempat mana yg perlu diberi perhatian dan mana yg hanya menjadi perkara sunat (aku pernah tgk org berkumur lama giler.. walhal paip air mengalir jee.. x tutup.. membazir air pulak.. subahanallah)..

kalau ada part dalam post ni ada yg boleh diperbaiki.. mintak korang komen laa yee.. mungkin boleh membantu aku memperbaiki diri aku ini (masih banyak yg perlu belajar lagi).. amin..


jadi selamat beramal..



Rujukan:
Dewan Bahasa dan Pustaka : Rukun : http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=rukun

http://www.netfision.com/demo/kiosk/rislam2_rukunwuduk.html

http://cikgushimappki.blogspot.com/

http://ms.wikipedia.org/wiki/Wuduk

2 comments: