Monday, January 9, 2012

Mencetak nama dan alamat pada sampul surat - kuantiti yang banyak - cara mudah

Pernah x korang terfikir.. mcm mana laa nk print especially mcm kad jemputan atau sampul surat.. format, corak & design sama tapi nama jemputan berbeza bagi setiap kad..

dalam tahun 2009.. aku cuba cari duit lebih.. so aku dapat laa peluang mengajar Microsoft Excel 2007.. masa sesi soal jawab ada laa sorang peserta tanya soalan ni kat aku (aku dh x ingat sapa dia).. aku x tau masa tu mcm mana nk buat.. so selepas tue aku pun mencari tekniknya..

sebenarnya senang jee.. korang hanya perlu:
  1. Microsoft Word 2003/2007 (design)
  2. Microsoft Excel 2003/2007 (list)
  3. CutePDF (Free Download) (Optional) - free download
So aku nk tunjuk untuk buat set nama dan alamat bagi sampul surat k..

Langkah 1
Buat senarai nama dan alamat dalam Microsoft Excel.. alamat kena laa buat dalam 3 atau 4 bahagian mengikut berapa line alamat tue.. save laa kat mana2 folder yang korang suke.. janji ingat folder mana..



Langkah 2
Design sampul surat seperti yang korang nak dalam Microsoft Word


Langkah 3
Klik pada bahagian Mailings -> Start Mail Merge -> Step by Step Mail Merge Wizard


Langkah 4
Klik Next: Starting document


Langkah 5
Klik Next: Select recipients


Langkah 6
Klik Browse.. Kemudian pilih file Microsoft Excel yang korang dah save kat Langkah 1..

Langkah 7
Pilih Sheet bagi nama dan alamat pada file Microsoft Excel yang korang buat kat Langkah 1..

Langkah 8
Senarai nama dan alamat akan keluar merujuk kepada file excel (Langkah 1). Klik OK..

Langkah 9
Klik Next: Write your letter (x tau laa nape gambar ni meleper plak)
Langkah 10
Klik pada More items.. kemudian klik Insert bagi setiap Fields..


Langkah 11
Susun item (Nama, Alamat 1, Alamat 2 dan Alamat 3) macam gambar kat bawah..
Kemudian klik Next: Preview your letters

Langkah 12
Korang boleh tgk nama dan alamat yang lain dgn klik pada << atau >>
Kemudian klik pada Next: Complete the Merge

Langkah 13
Klik Print

Langkah 14
Kalau nk print untuk semua nama dan alamat klik kat All dan klik OK

Langkah 15
Korang boleh terus print pada printer korang tapi mcm aku aku nk jdkan file PDF dulu.. so aku guna CutePDF..

Langkah 16 (Optional)
Save nama file PDF yang korang nk..

Hasilnya boleh korang tgk kat file PDF yang dh save td (kalau guna CutePDF laa)..



korang boleh guna untuk print nama pada kad jemputan kahwin yang dh siap tempah.. set betul2 lokasi nama kat kad kahwin.. try print.. kalau dah jadi 1 atau 2.. boleh print semua.. silap2 boleh design sendiri n print sendiri.. jimat skt kn?? (napa laa aku x terpikir masa aku nk kahwin dulu2)..

So.. kalau x berapa faham atau ada teknik yang lebih baik.. komen laa k..

Selamat mencuba...

1 comment: