Sunday, February 5, 2012

Hukum Makan Belangkas

Aku ada kenduri kt area Kota Tinggi.. so ada laa plan nk mkn seafood kt area JB.. search internet skali terjumpa menu belangkas..

Eh.. sebenarnya org Islam boleh makan belangkas ke?? Ada org kata belangkas ni haiwan dua alam.. so x boleh mkn.. tp ada pulak kata boleh sbb ada jee kedai melayu yg masak.. so sebenarnya boleh mkn x??

Aku pun search internet, skali aku jumpa majlis fatwa yg dikeluarkn mcm kt jwb ni:


Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.

2. Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-memakan-dagingisi-belangkas-dan-telurnya


So skrg ni aku rasa yakin nk mkn belangkas.. so korang bleh laa share info ni dgn family atau kekawan k..

No comments:

Post a Comment