Monday, February 20, 2012

Elektrik - Lagi banyak guna elektrik, lagi tinggi 'rate'

korang tahu x?? kalau lagi banyak elektrik yg korang guna, lagi tinggi kadar atau rate elektrik yg di kenakan pada korang.. ni khusus kepada pelanggan TNB..

aku sebenarnya ada bisnes yang memerlukan penggunaan elektrik (ada ke bisnes yg xyah pakai elektrik?? hehe) .. nak laa study detail berkenaan dgn penggunaan elektrik.. so aku pun cari laa macam mana nak kira 'charges' yang dikenakan untuk elektrik.. mula2 aku bukak website TNB.. jumpa rate elektrik..


rupa-rupanya baru aku perasan.. lagi banyak kita guna lagi mahal kadar atau 'charges' yg kita kena..


TNB menggunakan istilah kWh iaitu Kilowatt Hour bagi penggunaan elektrik kita.. kalau kita perasan, pada majority barang elektrik mesti ada menunjukkan Watt bagi brg elektrik tue.. ada contoh pengiraan elektrik ni.. nanti kalau aku sempat.. aku akan masukkan cara pengiraan dan cara korang untuk membuat anggaran sepatutnya berapa 'charges' elektrik yg korang guna..

untuk memahamkan kadar atau 'rate' yang digunakan, sebenarnya mudah jee.. bayangkan kalau 1 keluarga guna hanya 320 kWh untuk satu bulan, so pengiraannya adalah kena pecah 320 kWh kepada 3 bahagian dan cara kira adalah mcm bwh ni:

  1. (1-200 kWh ) : 200 kWh x 21.8 sen = RM 43.60
  2. (201-300 kWh) : 100 kWh x 33.4 sen = RM 33.40
  3. (301-400 kWh) : 20 kWh x 40.0 sen = RM 8.00
  •  Total = RM 85.00
sekiranya ada 2 keluarga dalam sebuah rumah yg menggunakan jumlah elektrik yg sama bagi setiap keluarga (mcm soalan matematik sekolah plak.. hehe).. so total elektrik adalah 320 kWh x 2 =  640 kWh.. so kiraan elektrik adalah berikut:
  1. (1-200 kWh ) : 200 kWh x 21.8 sen = RM 43.60
  2. (201-300 kWh) : 100 kWh x 33.4 sen = RM 33.40
  3. (301-400 kWh) : 100 kWh x 40.0 sen = RM 40.00
  4. (401-500 kWh) : 100 kWh x 40.0 sen = RM 40.20
  5. (501-600 kWh) : 100 kWh x 40.0 sen = RM 41.60
  6. (601-700 kWh) : 100 kWh x 40.0 sen = RM 8.52
  • Total = RM 207.32 (untuk 1 keluarga RM 207.32 / 2 = RM103.66)
perbezaan  dalam RM 18.66.. mungkin tgk amount tu x byk tp dari segi percent, hampir cecah 20%..

mungkin ada sebab mengapa TNB buat mcm ni.. better think positive.. mungkin nk menggalakkan pengguna utk menggunakan elektrik secara berhemah.. just kita kena aware berkenaan rate ni..

so.. mcm mana nk berjimat.. rasanya byk blog atau website yg dh tulis pasal cara jimat elektrik.. korang cari laa k..

selamat berjimat..

rujukan:
http://www.tnb.com.my/tnb/residential/pricing-and-tariff/tariff-rates.html

Tuesday, February 14, 2012

abg kandung ku yg GENIUS - Mohd Zaizam Bin Mohd Noor..

pada mulanya aku ingat nk cerita benda ni kat facebook jee.. tapi aku tukar plan.. aku nk masukkan kat dlm blog aku sbb nk kekalkan statement aku bahawa abg aku memang GENIUS.. memang aku serius sbb dh lama nak luah perkara ni.. so korang yg x kenal abg aku memang rugi sgt2.. kawan2 yg rapat ngan aku memang dah tau sbb kalau aku cite pasal ilmu computer mesti aku akan cite siapa abg aku.. ZAIZAM..

sbnrnya aku tergerak nk cite pasal abg aku ni sbb dia dh bukak blog dia:

ni laa Mohd Zaizam Bin Mohd Noor

so dah alang2 dia bukak blog, so aku nk cite pasal abg aku n kemahiran yg dia ada.. bukan niat aku nk berlagak pasal abg aku.. cuma nk korang tau yg abg aku ni ada bakat besar.. if dia dapat luahkan ilmu yg ada dlm kepala dia ke dlm blog dia.. perghh memang aku akan menunggu2 post2 dia.. if dia kureng bab dlm post.. korang kena laa berkenalan dgn dia untuk merebut atau bertanya utk mendapatkan ilmu2 teknikal yg korang perlukan.. aku pulak kalau dh tanya kat abg aku n dia x tau, memang dh x tanya org lain dh.. aku surf google jee.. tapi abg aku mesti akan bg hint yg bleh lead aku untuk dptkan jawapan yg aku cari2..



Zaizam duduk kiri.. aku yg comel duduk kanan.. hehe
aku lahir tahun 1982 manakala abg aku lahir 1978.. so beza kami 4 tahun.. kami sbnrnya ada 4 adik beradik, 
   Zaizam - abg sulung
   Zaizi - meninggal ketika masih bayi
   Faiz - aku laa tue
   Nora - adik aku

kiranya Zaizam laa satu2nya abg yg aku ada. boleh kata aku dapat melihat abg aku dari aku kecik sehingga skrg.. cuma terpisah masa abg aku tingkatan 1 hingga 3 sbb dia sekolah asrama.. tapi jumpa jugak sbb aku duduk kat kampung baru, abg aku sekolah tinggi setapak.. setapak jee.. hehehe.. and terpisah kejap2 masa dia masuk U and aku masih bersekolah.. masa aku mula masuk U pulak, aku duduk sewa rumah sekali dgn dia.. so aku ada peluang membesar dgn dia semasa kami duduk dengan ibubapa kami n semasa kami sewa rumah bujang.. skrg ni masing2 dah berkeluarga, dah mula berjauhan.. tapi dpt jugak laa jumpa dia sebulan beberapa kali dirumah mak kami..



aku tgk abg aku pernah menghadapi saat2 kegagalan hidup terutama masa dia belajar.. aku ambik Civil Engineering pun sbb ikut jejak langkah dia.. tapi mungkin sbb bukan rezeki dia, dia x dpt habiskan diploma dalam civil eng.. 

pada mulanya aku pandang rendah pada dia.. "apa laa abg aku ni.. bukan nk belajar serius2".. itu yg bermain dlm pikiran aku.. bila dah duduk sewa serumah.. aku ingat nk push2 dia utk belajar.. tapi sbnrnya aku silap.. abg aku sebenarnya belum jumpa apa keistimewaan dia yang tuhan dah bagi yang menyebabkan aku gelar dia GENIUS..

selepas kecundang dlm bidang civil eng (sory baizam, bukak cite ni), abg aku ambik bidang IT.. masa ni laa kehebatan dia mula berkembang.. dia berjaya menamatkan bidang IT sehingga ke peringkat ijazah.. caya laa..

aku tgk abg aku sbnrnya sgt2 penyabar.. sepanjang hayat aku, aku x pernah tgk org sesabar abg aku.. just imagine, kalau dia buat sesuatu terutama repair computer, dia akan buat dgn sgt2 sabar... maksudnya dia akan tgk benda tue sehingga benda tue siap.. x kira laa berapa hari pun.. dia akan berhenti untuk solat, makan, mandi, toilet(ehem2)  n pegi class.. tido?? selalunya dia tido laa depan computer yg dia tgh repair tue.. aku laa kejut dia suruh tido elok2 atas tilam..

gambar dia masa xpdc Everest.. perghh...
aku pulak jenis aggresif skit(kurang sabar) tapi bila tgk abg aku yg sgt2 sabar tue menyebabkan aku mula kagum dgn dia.. abg aku bukan hanya sabar dgn computer atau brg2 lain, tapi dia memang penyabar dgn semua org termasuk aku.. dulu2 aku laa selalu marah2 kt abg aku.. tapi dia diam jee.. lama2 aku jadi segan nk marah kat dia.. korang jgn anggap abg aku lurus bendul plak.. abg aku mcm org biasa jee.. bleh ajak jalan2, makan2.. infact dia lg ramai kawan dari aku sbb dia aktif GPMS masa belajar dulu (skrg pun aktif gak kut??) sampai pernah bermalam di base camp Everest(perghh.. respect2)..

ni la gambar arwah makcik aku yg ada dlm pc aku.. al fatihah
so abg aku yg sgt2 penyabar menyebabkan dia boleh membaiki apa saja barang.. dari pemarut kelapa sehingga ke komputer.. ada 1 kes yg aku x boleh lupe.. arwah makcik kitaorg yg duduk kat johor pernah mintak dia tlg tgk kn sterika (ironing - alaa yg buat gosok baju tue).. maximum controller sterika tu sampai nombor 3 jee.. dah pulas maximum pun cuma suam2 kuku jee.. so x boleh laa nk gosok baju guna sterika tue.. abg aku bukak laa tgk apa masalahnya.. aku join kejap laa.. rupa2nya ada laa mayat cicak dlm tue.. aku pulak malas nk tunggu.. aku pg laa jalan2 meninggalkan abg aku sorang2 repair benda tue.. abg aku mula repair pagi.. dlm tghari dah siap.. so petang kami sekeluarga pulang ke KL.. dalam perjalanan pulang.. makcik kitaorg ni call.. dia mcm frust.. aku ingat sterika tu x leh guna lagi.. rupanya baju dia hangus bila guna sterika tue.. abg aku tanya dia gula level berapa, di cakap guna dalam 2 ke 3.. abg aku kata "on laa dr 0 dulu, naik pelan2 sampai panas yg sesuai".. perghh.. dr x bleh nk guna sampai hangus baju makcik aku.. start dr tue aku dah mula nampak kehebatan abg aku.. 

so sanak saudara mula nampak kehebatan abg aku, mesin parut kelapa, barang2 elektrik, lampu rumah, mesin blender.. cakap laa brg apa nk repair.. abg aku dah bukak n dh try repair.. brg kecik2 pun mcm walkman dia dh bukak repair.. dia x kedekut ilmu, kalau kwn2 nk belajar cara repair pun dia akan tunjukkan.. mcm Fadhil budak rumah sewa kitaorg nk belajar bukak repair walkman dia.. abg aku tunjuk tp dia tak boleh bukak gak.. last2 abg aku tunjuk terus bukak.. walhal 1st place memang nampak terkial2  kawan tu bukak walkman tue.. aku tgk limitation yg ada hanya apabila spare part benda yg nk repair tue x wujud kat Malaysia.. aku ingat lagi ada sekali kalau x silap, mesin basuh mak aku rosak.. so abg aku kata ada jual spare part kt kilang kat Shah Alam.. beli spare part, ganti, pastu dah bleh guna balik..

Baizam & isteri
aku nk cari duit lebih sikit masa salah satu cuti semesta masa kt U dulu, so aku keje laa kat tuisyen centre kt Shah Alam.. masa aku kerja, ada laa seorg girl ni, rupanya dia ambik IT jugak.. so satu fakulti dgn abg aku.. aku tanya dia, "kenal Zaizam x?? dia pakai moto yamaha sport cover warna silver(abg aku cat moto dia warna silver)".. dia jawab apa "Ohh.. budak Genius tue".. "Aik nape kau kata genius??" ayat aku plak.. so girl tue cite laa kat aku.. sbnrnya 1 fakulti dah kenal abg aku sebagai budak genius.. pergghh.. dahsyat gak abg aku ni.. aku pernah cite kat abg aku benda ni.. tapi abg aku hanya senyum jee.. lepas tue abg aku bukak cite plak.. kalau dia buat kerja2 berkumpulan.. semua org lain pecah2 dlm 5 org satu kumpulan.. sampai kat dia, dia kena buat sorang2.. lecturer dia kata, abg aku kalau join kumpulan nanti org lain x buat pun assignment tue.. so abg aku kena laa buat sorang2.. lepas aku dgr cerita tue.. aku dah mula yakin akan kehebatan abg aku.. 

aku n abg aku pernah kerja dengan mechanic kereta masa cuti semesta.. aku mcm biasa (kurang sabar) kurang berjaya dalam bab2 baiki kereta.. ada jee benda2 yg aku lupe(lemah ingatan).. tapi abg aku pulak, menjadi jee kerje2 dia.. sampaikan tokey mechanic tue kata yg abg aku ni cuma x belajar bab adjust valve enjin je lagi (kalau org biasa dgn kereta tau laa kan valve tue part utk masukkan minyak dan angin dalam lubang piston).. tokey tue kata, kalau abg aku belajar jee bab tue, dia dah boleh dh bukak bengkel sendiri.. kiranya dah boleh khatam bab repair kete.. 

anak pertama beliau.. widad.. cucu pertama..
ada 1 kes breakdown kereta, kereta tue dalam parking porch.. x boleh start enjin.. tokey mechanic tue pergi laa tgk.. last2 dia balik bengkel dlm keadaan yg x puas hati.. rupa2nya x boleh start jugak kereta tue.. tokey tue dah check starter, plug, etc tapi x leh hidup gak.. dia suruh abg aku pg tgk pulak.. abg aku pg kejap jee.. pastu balik.. tokey tue terkejut laa.. nape kejap jee.. abg aku dgn bersahaja jawab.. rupanya kereta tue dah habis minyak.. memang terkejut tokey tue.. sbb sapa sangka minyak boleh habis disaat kereta tue dah parking dan enjin dimatikan.. tapi abg aku boleh detect kejap jee.. dia terus pg beli petrol.. tuang dlm tangki minyak kete.. terus boleh start.. respek aku makin meninggi kat abg aku.. 

kes yg aku paling x boleh lupa masa saat aku last semesta utk degree aku.. aku tgh buat thesis aku.. korang mesti biasa dgn password utk windows kn?? mcm biasa aku gatal2 guna password windows.. skali windows aku corrupt.. so file2 thesis aku yg ada dalam PC x boleh nk ambik.. aduhh.. mcm mana nk buat thesis aku ni.. dah laa byk lagi fail2 lain dlm PC tue.. aku mula cuba pelan2 tgk structure windows dlm MS-DOS.. tapi sbb rasa stress aku dah mula rasa give up.. aku mula mengeluh n mengamuk.. abg aku dtg kat aku.. masa tue dh nak masuk asar.. abg aku kata biar dia take over.. abg aku cuba setel benda tue.. aku x tau laa mlm tue dia tido ke x.. esok paginya.. aku tgk abg aku masih kat PC aku.. aku kata x yah laa buat lagi.. aku start balik laa buat thesis aku tue.. abg aku kata xpe.. biar dia cuba skit lagi.. dalam pkl 10 pagi.. dia panggil aku suruh masukkan password balik.. aku tgk, monitor aku dah kuar windows mintak password cuma icon je lain skit.. aku masukkan password aku.. terus log in n aku dah boleh ambik balik semua file2 yg aku simpan termasuk thesis aku.. abg aku suruh kuarkan file2 tue.. format balik windows n dh bleh guna mcm biasa.. 

PEEEERRRRRRRGGGGGGGHHHHHHH... selepas tue memang aku tanam dalam ingatan aku.. ABG AKU, ZAIZAM, MEMANG GENIUS...

dia boleh repair computer aku tue tanpa refer internet sbb masa aku duduk menyewa masa tue memang rumah kitaorg xde internet n kesabaran dia cuba bina balik windows yg corrupt tue satu persatu sampai boleh bukak balik windows tue..

happy family..
isteri aku, ahli keluarga aku n kawan2 yg rapat dgn aku pasti tahu tahap kemampuan kalau bab2 komputer yg ada pada aku.. tapi pada aku.. aku hanya mahir sahaja.. tapi abg aku memang genius.. bagi laa apa2 kt dia.. selagi dia ada masa, cukup peralatan atau spare part.. mesti menjadi kerja yg dia buat.. dia x pernah suap ilmu kat aku kalau aku nk belajar sesuatu.. dia akan bg hint pastu aku kena laa buat sendiri.. bila aku stuck, aku akan jumpa dia, pastu dia bg hint lagi, aku cuba lagi.. akhirnya aku berjaya dapat ilmu yg aku cari mcm contoh, aku nk buat website with database (apache, mysql, etc) tanpa abg aku, rasanya aku x dpt ilmu2 tue.. tq baizam.. really appreciate it..

kadang2 kita x perasan bakat yg ada pada org sekitar kita.. tapi bila kita bersyukur dan mempelajari kelemahan sendiri, kita akan perasan bahawa ada org yg mampu menjadi pembimbing yang boleh membantu kita menjadi insan yg lebih baik.. 

abg aku, Zaizam adalah seorang insan yg merendah diri tetapi tidak kedekut memberi ilmu walaupun dia mempunyai bakat yg amat2 besar.. aku tahu abg aku akan berjaya satu masa nanti.. cuma mungkin sekarang masih belum rezeki dia utk menjadi Millionaire(mungkin 1 hari nanti).. aku tahu abg aku yg GENIUS satu hari nanti akan menjadi org yang sgt2 berjaya.. Amin..



Sunday, February 5, 2012

Hukum Makan Belangkas

Aku ada kenduri kt area Kota Tinggi.. so ada laa plan nk mkn seafood kt area JB.. search internet skali terjumpa menu belangkas..

Eh.. sebenarnya org Islam boleh makan belangkas ke?? Ada org kata belangkas ni haiwan dua alam.. so x boleh mkn.. tp ada pulak kata boleh sbb ada jee kedai melayu yg masak.. so sebenarnya boleh mkn x??

Aku pun search internet, skali aku jumpa majlis fatwa yg dikeluarkn mcm kt jwb ni:


Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.

2. Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-memakan-dagingisi-belangkas-dan-telurnya


So skrg ni aku rasa yakin nk mkn belangkas.. so korang bleh laa share info ni dgn family atau kekawan k..