Friday, December 30, 2011

Senarai File dari Windows Explorer

pernah x korang terfikir nak dapatkan senarai nama file2 dalam sesebuah folder??? kalau setakat ada 5 atau 6 file senang laa.. type jee.. tapi kalau ada beribu file macam mana??

kes aku... kena masa aku nk buat senarai lagu karaoke yang ada pada aku.. mula2 ingat x payah laa buat senarai.. guna search function jee.. tapi bila ada event.. org tanya.. "bang.. lagu apa ada??" sudah.. susah jugak aku nak jawab.. so aku pun mencari laa teknik2 untuk buat senarai nama file dalam sesebuah folder..

senang je sebenarnya.. korang hanya memerlukan NOTEPAD jee.. tapi kena ikut langkah2 ni betul2..

Langkah 1) Buka NOTEPAD

Langkah 2) Type : dir /a /b /-p /o:gen >filelisting.txt

Langkah 3) Save laa ikut nama yang sesuai tapi ada 2 perkara yang penting
- nama file mesti .bat
- save as type -> All Files
Langkah 4) letak file yang korang baru save kat dalam folder yang nk buat senarai dan double klik file tue..


Langkah 5) akan ada 1 file notepad nama filelisting.txt.. bukak fail tu dan korang akan ada senarai bagi fail2 yg ada dalam folder tue..



senang jee kan.. korang boleh perhatikan nama file dan senarai file dalam file notepad td tue sama jee cuma senarai tu susun ikut jenis file.. kadang2 ada file lain muncul mcm thump.. sebenarnya file tue adalah file yang tersembunyi.. tapi selalunya x byk pun file mcm tue dalam sesebuah folder..

kalau rasa nk cantik skit.. copy senarai tu dan paste laa dalam Word atau Excel.. Sort skit.. buat Table skit.. baru presentable.. 


ok... selamat mencuba...

Thursday, December 29, 2011

Alhamdulillah - Perjalanan Bermula

Syukur ke hadrat Allah.. akhirnya aku bukak jugak satu blog setelah lama bercita2 nk ada 1.. mula2 dulu rasa apa laa isi blog aku.. penghijrahan yang berlaku adalah antara salah satu sebab blog ini terbina..

dulu masa aku di pejabat lama aku duduk sebelah one of my best friend .. so ada apa2 knowledge yg aku jumpa aku cite jee kat dia.. menjak2 berhijrah ni aku mula keseorangan.. so aku rasa baik aku share knowledge ni dalam blog.. mungkin dapat share ilmu dengan ramai org..

niat aku senang je.. sape2 nk kongsi ilmu.. jom join.. aku xde niat nk menunjuk cuma niat aku lagi banyak ilmu kita kongsi lagi banyak ilmu yg kita akan dapat.. so..kalau ada sesape nk komen atau kongsi ilmu pun ok gak..

sampai post akan datang..